|
Pembiayaan Kebajikan bertujuan untuk memberikan kepada anggota dalam urusan kecemasan untuk anggota sendiri dan keluarga terdekat seperti berikut:
- Kematian keluarga terdekat;
- Ketika ditimpa mala petaka seperti kebakaran, banjir, ribut taufan dan kemalangan serius lain;
- Rawatan Kesihatan / Rawatan doktor pakar / pembelian produk kesihatan.
- Kesihatan / Kewangan anggota yang terjejas oleh wabak pandemik atau lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
KONSEP
Tawarruq
JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN
RM10,000
PERATUS KEUNTUNGAN
5.00%
TEMPOH BAYARAN BALIK
Maksimum 10 tahun
JAMINAN
TIADA penjamin diperlukan
SYARAT-SYARAT
- Anggota yang sudah disahkan keanggotaannya layak memohon pembiayaan.
- Jumlah pembiayaan dilulus adalah berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
DOKUMEN
- Dokumen-dokumen asal yang sah seperti Laporan Polis, syor dan sokongan Doktor atau Doktor Pakar, resit atau Sijil Kematian sebagai bukti kejadian yang berlaku.
- Salinan asal slip gaji pemohon (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan).
- Salinan MyKad Pemohon (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan).
- Surat asal pengesahan majikan.
*Anggota yang dihargai, sila hubungi pejabat Koperkasa yang terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut.
|
|